BBQ PERDANA MCC 2014

Image

 

 

Assalamualaikum. Sampailah jua pengumuman yg dinantikan semua.
MCC dan MCC Muda akan mengajurkan BBQ PERDANA MCC 2014. Tarikh pilihan majoriti pada
31.05.14 -Sabtu (backup 01.06.14-Ahad),
bertempat di Pontcanna Fields (https://goo.gl/maps/U0G3O)
masa berkumpul 11 pagi. (tentatif penuh akan menyusul)

Aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan sukaneka kanak-kanak akan kami rancangan. Bagi yang kreatif boleh bagi nama untuk jadi penggerak.

Berikut adalah anggaran budget perancangan kami untuk tatapan semua:
Target: 150 orang.
Kambing: (3ppl/1kg) 50kg x £7 = £350
Ayam (wings dan legs) : 20kg x £3 = £60
Mackerel (£4/10) : 70/10 x £4 = £28
Arang : 30kg x £10/10kg = £30
Pinggan/magkuk/cawan/sudu ~ £20
Sos ~ £20
Air : ~£30
Rencam/bahan2 marinate ~ £50
Hadiah ~ £30

TOTAL: £618 (mungkin lebih murah, bergantung pada harga sebenar)

Disebabkan akaun MCC adalah negative, kami meminta dr semua untuk menyumbang bagi menjayakan program ini. Sumbangan adalah seperti berikut:

Dewasa (12 tahun dan ke atas) : £6
Kanak-kanak (5 – 11 tahun) : £1

Dengan anggapan 130 dewasa dan 20 kanak-kanak, PENDAPATAN kita adalah: 130 x £6 + £20 = £800

BALANCE : £800-£618=£182

WALAUBAGAIMANAPUN, kami mengharapkan sumbangan yg lebih dari semua. Kami telah mengaturkan program ihya’ Ramadhan yg akan tiba tidak lama lagi. Dan kami amat berharap dapat book dewan bulan hadapan dengan menggunakan dana yang kita kumpulkan. Segala lebihan dari program ini akan kami habiskan utk kegunaan warga MCC kembali. Lebih ramai yang hadir, lebih banyak sumbangan yg akan dikumpulkan. Bayaran pada hari program kalau boleh dielakkan.

Sila masukkan sumbangan anda di account MCC:

HSBC
Acc Number: 03916944
Sort Code: 40-16-15
Ref: BBQ(bilangan org)

atau

serah kepada mana-mana ajk yg telah dilantik.

Bagi yg berkelapangan, boleh volunteer untuk marinate bahan-bahan mentah.

Ayuh sama-sama hadiri sambil melepaskan kepenatan belajar dan bekerja dengan sama-sama tolong memasak dan mengeratkan silaturrahim. Semoga niat kami ini Allah redhai dan dipermudahkan. Amiiin

PROGRAM BERSAMA IMAM MUDA JABBAR DAN SOLAT HAJAT

jabar2

 

Assalamualaikum…

Sukacita menjemput semua warga MCC, tidak kira pelajar undergrade, pelajar master, pelajar phd, berkeluarga ataupun single, lelaki atau pun perempuan, semua dijemput untuk memeriahkan majlis.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan Imam Muda Jabbar yang bekebetulan ada di United Kingdom. Dalam masa yang sama, adik-adik undergrade yang sedang/akan menghadapi peperiksaan, jadi kita menganjurkan juga solat hajat berjemaah. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka semua berjaya di dalam peperiksaan. Tidak lupa untuk semua pelajar master dan phd yang lain, semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran mereka.

Program ini akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: 3 MEI 2014 (Sabtu)

TEMPAT: CCC (Cathays Community Centre), CF24 4HX

466522209_640

 

Tentatif program:

6.00 ptg  :  

Berkumpul

6.30 ptg  :  

Kata-kata aluan dan pengumuman

Slot Imam Muda Jabbar

Sesi soal jawab

8.30 mlm:

Berhenti untuk persediaan solat

Solat Maghrib

Solat Hajat

9.45mlm :

Jamuan

Kemas dewan

Bersurai

 

 

Sedikit maklumat penceramah:
ABDUL JABBAR BIN MOHAMMED KAHAR
M.A IN FIQH, ALMADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY
SHAH ALAM, MALAYSIA
B.A (HONS), SYARIAH, ISLAMIC UNIVERSITY
MADINAH MUNAWWARAH,SAUDI ARABIA
LECTURER, KUISAS (2008-NOW)
TALENT ARTIST, ASTRO (CONTRACT 2012-2014)
FOUNDER, AJAQ CONSULTANCY AND MANAGEMENT (2012-NOW)
GURU BIMBINGAN AGAMA, TABUNG HAJI MALAYSIA.(2010-NOW)
AMBASSADOR OF ZAKTAR PRODUCT (YEMEN). (2013-2014)
PESERTA IMAM MUDA 3 ASTRO

Maklumat lanjut sila ke website:http://imamjabbar.blogspot.co.uk/2013/03/imam-muda-jabbar.html

Mohon bantuan semua untuk sama-sama mengemaskan dewan sebelum dan selepas program. Kedatangan awal sangat digalakkan.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah