Sembang PhD July 2010

(Gambar oleh Mohd Fahmi Husin)
Tarikh: 1 Julai 2010.
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Vaughan Room, Graduate Centre, Cardiff University
Delegasi: Prof Madya Dr Rosidah Musa, Dr Lennora Putit, Puan Rezian-na Mohd Kassim & Puan Jamaliah Mohd Yusof.
JKCK 2010 telah menganjurkan bengkel “Sembang PhD” bersama tetamu khas Professor Madya Dr Rosidah Musa, yang merupakan bekas ahli CK 2004, bersama kumpulan penyelidik beliau yang terdiri dari Dr Lennora Putit, Puan Jamaliah dan Puan Rezian-na daripada Institute of Business Excellence, Faculty of Business Management, UiTM Shah Alam. Sesi perbincangan dan soal-jawab ini berkisar mengenai pengalaman, panduan serta nasihat dalam menempuh segala cabaran bergelar pelajar PhD.

Ringkasan Perbincangan (by Izan Jaafar):

  1. Gembira: Perlu gembira dan selesa dengan bidang kajian yang dibuat; oleh yang demikian akan memberi motivasi dan semangat kepada setiap sesuatu yang dilakukan. Mudah untuk mengembangkan bidang kajian setelah pulang ke tanahair.
  2. Amanah Penaja: Setiap pelajar yang ditaja, terikat dengan kerajaan atau majikan perlu fikirkan mengenai gaji dan tajaan yang diterima dari rakyat Malaysia. Perlu sedar bahawa setiap sen yang diterima akan disoal oleh ALLAH diakhirat kelak. Jadi sangat perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan penuh ikhlas (perlu fokus kepada PhD).
  3. Disiplin kerja: Perlu menetapkan ‘dateline‘ bagi setiap apa yang dilakukan, oleh itu kita akan bekerja dan melaksanakan sesuatu tugasan atau target dengan lebih efisien dan sistematik.
  4. Matlamat: Menetapkan sasaran ‘milestone‘ – Sekiranya mahu menamatkan pengajian dalam masa 3 tahun, mesti menetapkan masa/jadual kajian mengikut matlamat. Perlu ‘set‘kan dalam minda sejak mula, bahawa ingin menamatkan pengajian seawal mungkin (3 / 3.5 tahun).
  5. Sistem sokongan: Komuniti seperti Cardiff Keluarga, rakan2 jabatan/fakulti, jiran serta keluarga sangat penting dalam memotivasikan diri. Maka sistem sokongan (terutama keluarga) perlu tahu dan faham apa yang diperlukan oleh seorang pelajar PhD.
  6. Kekuatan Rohani: PhD bukan sesuatu perjalanan yang mudah, sangat2 mencabar, memerlukan persediaan minda, fizikal, emosi dan spiritual. Apabila menangani suatu2 keadaan atau kesukaran,  perlu fahami dan insaf bahawa ianya sememangnya sebahagian daripada proses yang perlu ditempuh.
  7. Proses melatih diri: PhD merupakan proses latihan intensif utk kita. Banyak melatih kita melakukan penyelidikan secara bersendirian, berdikari, membina keyakinan, keberanian serta menangani setiap masalah yang berlaku dengan cekap dan efisyen. Gunakan peluang ini untuk memperoleh seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang boleh.
  8. Gandakan Usaha: Perlu bekerja dan berusaha bersungguh2, melebihi usaha orang tempatan (locals British/Europeans)  kerana English hanyalah bahasa kedua kita.
  9. Perancangan/Target: Perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai ‘Gannt Chart‘ supaya sasaran sentiasa betul atau sekurang2nya tidak jauh tersasar dari halatuju penyelidikan yang telah digariskan.
  10. Keutamaan/Priority: Keutamaan perlu dikenalpasti dengan jelas. Menyusun keutamaan antara PhD, keluarga, rakan-rakan, shopping, kerja part-time, travelling, dsb. Keluarga perlu difahamkan mengenai keutamaan ini. Namun harus ada masa yang berkualiti bersama keluarga (jangan abaikan). Perlu bijak menguruskan masa dan priority.
  11. Penerbitan: Gunakan peluang sebaik mungkin sementara mudah bekerjasama dengan supervisor (nama supervisor dapat membantu kita untuk menerbitkan jurnal berimpak tinggi). Menetapkan sasaran kepada ‘top tier‘ jurnal, sekiranya telah mencuba dan tidak berjaya, baru pergi ke tier lebih rendah. Penerbitan ketika PhD amat membantu karier setelah pulang ke Malaysia.
  12. Viva: Persediaan yang mencukupi adalah kunci utama. Sentiasa menjangka jenis2 soalan yang akan ditanya pembaca dan penganalisa. Perlu sentiasa bersedia, sentiasa menyoal diri sendiri dan mencari jawapan.
  13. ALLAH sentiasa save the best for last.
Warga CK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Madya Dr Rosidah Musa, Dr Lennora Putit serta ahli-ahli delegasi kerana sudi meluangkan masa serta berkongsi pengalaman bersama kami di bumi Cardiff. Semoga segala ilmu dan nasihat akan dapat dimanafaatkan bersama, InsyaALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s