Iftar CardiffKeluarga 2010

Assalamualaikum wbt.
Sahabat2 Warga CK yg dirahmati Allah sekalian
Saya mewakili JKCK2010 merakamkan jutaan terimakasih kepada kesemua warga CK yang telah menjayakan program berbuka puasa CK malam tadi. Kepada para penyumbang (penaja), kami mendoakan semoga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki tuan-puan. Begitu juga Kepada sahabat2 yang telah menyumbang masa dan tenaga untuk menyediakan pelbagai juadah untuk majlis diatas, semoga Allah sentiasa melapangkan segala urusan tuan-puan.
Pihak JKCK juga meminta maaf atas sebarang kekurangan dalam majlis diatas. Teguran dan saranan dari warga CK adalah diperlukan untuk menambah baik perjalanan program CK untuk masa2 yang akan datang.
Kepada sahabat2 warga CK yang tidak berkelapangan utk turut serta dalam majlis ini, insya Allah kita akan bertemu lagi dalam program2 yang akan datang yang antara lainnya adalah:
a.  Solat terawih berjemaah pada hari Sabtu malam Ahad (28 Ogos)
b.  Gotong royong memasak untuk iftar Darul Isra’ (4 September)
c.  Solat Aidilfitri & Jamuan Raya (1 Syawal )
Maklumat lanjut untuk program2 yg disenaraikan diatas akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Harap maklum
Terima Kasih
Shukri Mohd
22 Augus 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s