Sumbangan Tabung Rayuan Pakistan


AlhamduliLLah, CardiffKeluarga dengan kerjasama Darul Isra’ telah berjaya mengumpulkan sumbangan ikhlas sebanyak £475.00 bersempena pelancaran Tabung Rayuan Pakistan. Dari jumlah itu, sebanyak £277.62 telah dikumpulkan pada Majlis Iftar CK (21 Ogos 2010) dan selebihnya dikumpulkan secara berasingan oleh wakil khas kutipan Tabung Rayuan Pakistan, Pn Suraya Sharil. Segala kutipan telah diserahkan kepada pihak Darul Isra’ pada 26 Ogos 2010 (Khamis) untuk disalurkan kepada pihak Islamic Relief seterusnya disumbangkan ke tabung bantuan antarabangsa mangsa banjir di Pakistan.
Semoga segala sumbangan ikhlas dan usaha murni dari warga CK akan mendapat rahmat dan balasan dari ALLAH swt.
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Al-Baqarah 2:195)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s