Majlis Iftar Warga Malaysia Cardiff di Darul Isra’

Tarikh: 4 September 2010.
Masa: 2.30 pm (persiapan) – 9.00 pm
Tempat: Masjid Darul Isra’, Cathays.
Menu: Nasi Tomato Special + Ayam Panggang, Karipap, Anggur, Kurma, Jus Buahan dan Susu segar.
Alhamdulillah program Sumbangan Iftar Cardiff Keluarga di Darul Isra’ telah pun berjalan dengan baik.  Dianggarkan lebih 450 orang telah hadir ke majlis Iftar semalam. Jumlah kunjungan agak di luar dugaan. Ruangan makan sebelah lelaki yang pada hari sebelumnya tidak penuh, telah melimpah dan ruang makan tambahan di sebelah atas telah juga dibuka.
Rata-rata yang datang menyatakan kelazatan makanan dan juadah yang disediakan. Walaupun ada beberapa kekurangan semasa waktu berbuka, kesemua yang hadir dapat menikmati hidangan dan juadah berbuka ala-Malaysia. Memang ramai yang memuji masakan nasi tomato dan ‘Malaysian samosa’ a.k.a karipap yang dihidangkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan memasak nasi tomato dan ayam panggang yang diketuai oleh Ustaz Anuar dan juga pakar-pakar memasak karipap kita.
Pihak JKCK2010 ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga Malaysia di Cardifff yg terlibat dalam menjayakan program Iftar di Darul Isra’ pada 4 September semalam termasuklah mereka yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan bahan-bahan keperluan, menyediakan ruang memasak dan penyediaan makanan, pengurusan dan pengangkutan, membantu dalam menyiapkan dan memasak makanan, membungkus, sehinggalah ke urusan mengemas di Darul Isra’ dan pusat-pusat menyiapkan makanan. Semoga segala usaha murni dan sumbangan ikhlas akan mendapat rahmat dan balasan dari ALLAH swt.
Saya, pihak JKCK dan semua yg terlibat, ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan khilaf di sepanjang proses menyediakan Iftar kali ini. Segala komen dan cadangan untuk penambahbaikan program-program seterusnya bolehlah diajukan ke jkck2010@googlegroups.com. Kira-kira kewangan dan jumlah sumbangan akan dimaklumkan kemudian. Program kita selepas ini Insyaallah adalah Solat dan Jamuan Aidilfitri tidak lama lagi.
Terima kasih.
Azhan
5 Sept 2010
(Mewakili JKCK 2010 dan AJK Iftar Darul Isra’ 2010)
-+-+-+-+-
p.s: Sesiapa yang telah meminjamkan periuk-periuk utk kegunaan memasak harap boleh ‘claim’ drp Azhan
p.p.s: Sesiapa yg ada gambar2 utk disumbangkan utk blog ini, sila emailkan kepada Fadzli atau ke jkck2010@googlegroups.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s