Majlis Eidulfitri 2010

Tarikh: 10 Sept 2010
Masa: 9.00am
Tempat: Cathays Comunity Center, Cardiff, Wales.
Acara: Takbir Raya & Solat Sunat Eidulfitri, Jamuan Eidulfitri, Pembahagian Cenderahati untuk Kanak-kanak, Penyerahan Cenderahati untuk keluarga yang bakal pulang ke tanahair.

Assalamualaikum wbt.
Warga CK yang di rahmati Allah sekelian.
Pertamanya saya mewakili JKCK 2010/2011 memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kerana majlis diatas telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga CK yang sanggup meluankan masa dan tenaga bagi menyediakan juadah hari raya walaupun masing2 sibuk dengan study dan tugasan harian.Pihak JKCK juga amat berbesar hati dengan juadah tambahan yang sedap-sedap belaka yang telah disediakan oleh warga CK. Allah jualah yang akan membalas segala jasa baik sahabat-sahabat sekalian.(Bagi penender2 CK,jgn lupa untuk buat tuntutan perbelanjaan dari bendahari CK)
Pada kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada seluruh warga CK yang telah memberikan kerja sama yang tak berbelah bahagi, dari penyediaan dewan, susun atur dewan hinggalah kepada kerja2 mengemas selepas acara berakhir. Tanpa bantuan dan kerjasama, majlis diatas tidak mungkin dapat dilaksakan seperti yang dirancang.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustaz Anuar kerana telah menyediakan backdrop sambutan Hari Raya CK, menjadi imam dan seterusnya membaca khutbah untuk majlis diatas. Terima kasih juga kami rakamkan untuk Ustaz Nazri kerana sudi mengemudi acara takbir malam raya. Sumbangan Ustaz berdua dalam menjayakan program CK adalah amat bermakna bagi JKCK dan warga CK keseluruhannya.
Juga untuk rakan-rakan dari Brunei, Singapura, Indonesia, warga Malaysia yang telah lama menetap di sekitar Cardiff serta adik2 undergrad. Kehadiran tuan-tuan telah menjadikan majlis diatas lebih ceria dan amat bermakna.Besarlah harapan kami agar program diatas dapat mempereratkan lagi hubungan sesama kita semasa diperantauan ini.
Pihak JKCK juga memohon jutaan maaf atas sebarang kekurangan, salah  dan silap sepanjang program diatas dijalankan. Teguran membina amatlah diperlukan bagi memastikan program seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.
Wassalam
Shukri Mohd
11 Sept 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s