Cardiff City vs. Norwitch City

(Gambar sumbangan saudara ‘Adlan Hashim)
Tarikh: 30 Oktober 2010
Masa: 3.00 pm
Tempat: Cardiff City Stadium, Ninian Park.
Cardiff Keluarga tahun ini telah menempa sejarah apabila dihadiahkan tiket perlawanan Cardiff City PERCUMA sumbangan pemilik kelab yang baru Dato’ Chan Tien Ghee dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun. Perlawanan berlangsung cukup meriah dengan sorakan dari lebih 250 warga Malaysia di Cardiff bersama kibaran Jalur Gemilang. Ternyata penyokong tempatan amat gembira dengan kehadiran warga Malaysia memberi sokongan dengan memberikan tepukan gemuruh setelah diumumkan melalui pembesar suara. Terima kasih kepada Saudara Taufiq Shamsuddin atas segala usaha yang dibuat dalam merealisasikan detik bersejarah ini. Kenangan bertambah manis apabila Cardiff City berjaya menewaskan pasukan lawan Norwich City dengan jaringan 3-1.
Petikan Buletin Utama TV3, 1 Nov 2010:
Petikan dari Berita Harian Online:
Cardiff, 1 Nov 2010 – KEMENANGAN kelab bola sepak Cardiff City dalam perlawanan dengan Norwich City, Sabtu lalu menempa satu hari yang bersejarah bagi Malaysia apabila seramai 250 penyokong dari Malaysia – kebanyakan mereka yang berpakaian baju kebangsaan dan mengibar Jalur Gemilang, berkongsi meraikan kemenangan mereka.
Kelab berkenaan yang diambil alih oleh Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee baru-baru ini, menewaskan Norwich City 3-1.
Tidak pernah dalam sejarah bola sepak di Cardiff, mahupun di Britain stadium dipenuhi dengan sebegitu ramai penyokong Malaysia yang berpakaian tradisi sambil mengibarkan bendera Malaysia. Dan belum pernah juga dalam sejarah, pengumuman dibuat dalam bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris dan bahasa Welsh.
Hari perlawanan bola sepak juga adalah hari yang penting bagi Isaad Nabil, 5 tahun, yang menjadi maskot pasukan bola sepak ini. Isaad berjalan megah di samping pemain bola Cardiff City Craig Bellamy.
Menurut bapanya, Taufiq Shamsuddin, seorang pelajar Phd di Universiti Cardiff, Isaad terlalu seronok sehinggakan tak dapat tidur. Isaad kelihatan segak dalam pakaian baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.
Taufiq, dari Kesatuan Pelajar Malaysia Cardiff membantu mengumpul penyokong Malaysia dari Universiti Cardiff, Glamorgan dan Universiti Wales Institut Cardiff.
Sumber: Berita Harian Online, 2 Nov 2010 (link)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s