Sambutan EidulAdha & Majlis Aqiqah

(Gambar sumbangan Saudara Johan Airisal)
Tarikh: 5 November 2010
Masa: 10.30 am
Tempat: Cathays Comunity Center
Acara: Majlis Selawat & Marhaban, Majlis Cukur Jambul,  Jamuan EidulAdha, Pembahagian cenderahati untuk kanak-kanak.
Majlis Sambutan Hari Raya Eiduladha dan Akikah CK telah berlangsung pada hari Ahad, 5 November 2010 di Dewan Komuniti Cathays (CCC), Cardiff . Majlis ini juga bersempena meraikan warga CK, saudara Mohd Nur Asmawisham Alel (Mawi) dan keluarga yang akan berangkat pulang ke tanahair pada 19 Disember 2010.
Saudara Mawi dan keluarga
Majlis juga meraikan kepulangan warga CK yang selamat menunaikan ibadah haji, Tuan Haji Amran dan isteri, Hajah Tuaibah serta Tuan Haji Mohd Yuhyi . Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini dimulakan dengan alunan selawat mengiringi majlis potong jambul warga terbaru CK, anakanda Amir Rafiq bin Mohamad Hazim, cahayatamata pertama bagi saudara Muhammad Hazim dan Puan Husni Hani Jameela yang telah dilahirkan pada 11 Oktober 2010 yang lalu dan anaknda Aimy Akma binti Mohd Hasbi yang juga merupakan cahayatamata sulung bagi saudara Hasbi dan Farhana yang baru sahaja dilahirkan pada 19 November yang lalu.
Majlis agak meriah dengan kehadiran lebih 300 orang yang terdiri dari para pelajar prasiswazah dan pasca siswazah di universiti sekitar Cardiff dan keluarga serta warga Malaysia yang sudah menetap lama di Cardiff. Turut hadir beberapa penduduk muslim di Cardiff yang turut memeriahkan suasana. Majlis yang diakhiri dengan solat zohor berjemaah ini tamat kira-kira jam 1.30 ptg.

Izan Jaafar
5 Nov 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s