Majlis Silaturrahim School of Engineering, Computer Science & Physics, Cardiff University

(Gambar sumbangan Izan Jaafar)
Tarikh: 9 Disember 2010
Masa: 1.00 pm
Tempat: Queens Building, Cardiff University
Acara: Perkongsian pengalaman haji bersama Haji Yuhyi, Taaruf pelajar Undergraduate & Postgraduate.
Majlis silaturrahim para pelajar prasiswazah dan pasca siswazah bagi School of Engineering, School of Computer Sciences dan School of Physics, Cardiff University telah diadakan pada hari Khamis, 9 Disember 2010 yang lalu. Majlis yang julung kali diadakan ini adalah bersempena meraikan kepulangan pelajar pasca siswazah, Haji Amran dan Haji Yuhyi yang telah selamat kembali daripada menunaikan ibadah haji dan ramah mesra sesama pelajar.
Majlis dimulakan dengan perkongsian pengalaman menunaikan ibadah haji oleh Haji Yuhyi yang telah memberikan intipati, panduan dan tips berguna yang telah menyuntik rasa kesedaran dan motivasi kepada yang hadir. Sesi seterusnya adalah pengenalan diri setiap pelajar yang hadir agar dapat menimbulkan rasa kekitaan sesama pelajar Malaysia di ketiga-tiga sekolah yang terletak di bangunan yang sama iaitu di Queen’s Building, The Parade.
Mudah-mudahan majlis seumpama ini dapat diteruskan dan dianjurkan di sekolah-sekolah lain mengikut kesesuaian masa, keadaan dan tempat.
Izan Jaafar
10 Dis 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s