Pembubaran JKCK 2010/11 serta Penamaan Calon JKCK 2011/12

Assalamualaikum wbt.
Warga CK yang dirahmati Allah.
Tanpa disedari tempoh setahun untuk JKCK sesi 2010/11 menerajui CK hampir tamat. Kini sampailah masanya untuk saya mewakili JKCK 2010/11 untuk membubarkan JKCK sedia ada dan membuka penamaan calon untuk JKCK 2011/2012.
2. Jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
i. Presiden CK
ii. Timbalan Presiden CK
iii.Presiden Hawa
iv. Setiausaha
v. Bendahari
3. Pencalonan adalah terbuka kepada semua warga CK yang dijangka masih berada di bumi Cardiff sehingga February 2012. JKCK 2010/11 juga layak dicalonkan untuk jawatan yang lebih tinggi dari jawatan yang disandang pada sesi 2010/11 memandangkan bilangan keluarga yang masih tinggal di Cardiff menjelang February 2012 dijangkakan lebih kurang 10 keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, Presiden, Presiden Hawa serta pasangan masing2 tidak layak untuk di calonkan.
4. Tarikh pencalonan dan pengundian adalah seperti berikut:
i. Pencalonan bermula 1 Mac 2011
ii. Tarikh tutup pencalonan 10 Mac 2011
iii. Tarikh Mengundi adalah 11 Mac hingga 13 Mac 2011.
5. Syarat-syarat pengundian adalah spt berikut:
i. Pengundian adalah secara online
ii.Terbuka kepada warga CK yang masih menetap di Cardiff
iii. Setiap keluarga hanya diperuntukkan maksimum 2 undi sahaja (suami dan isteri shj yang layak mengundi)
6. Sokongan dan kerjasama dari seluruh warga CK untuk menjayakan proses pengundian ini amatlah diperlukan.Sebarang cadangan/penamaan calon boleh dihantar terus kpd saya di alamat e-mail shukri103@yahoo.co.uk
Makluman lanjut berhubung dengan proses pengundian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Harap maklum
Terima Kasih
Shukri Mohd
1hb Mac 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s