Gotong Royong Cardiff Keluarga Iftar 14/8/2011

Assalamualaikum w.b.t

Bagi pihak AJK saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga CK yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan program iftar di Darul Isra pada hari ini 14 Ramadhan 1432 hijrah. Terima kasih khasnya kepada kaum Hawa (menyediakan karipap dan jemput-jemput) dan semua ketua portfolio dan ahli-ahli mereka yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga dalam membuat persiapan, memasak , menyediakan juadah berbuka, menghidang, membersih dan mengemas.

Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang yang telah menginfakkan sebahagian dari harta mereka di jalan Allah dalam program ini. Mudah-mudahan Allah melipatkan-ganda rezeki saudara semua insyaAllah.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah: 261)

Sedikit komentar positif daripada pihak Darul Isra’ yang disampaikan oleh abang Rubiyat :
“Overall very well organised, good foods and everything ok…”

Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s