Diari aktiviti dan program bulan Jun

Kelas Fardhu ‘Ain dan Kelas Tajwid & al-Quran di Dar-Ul Isra

30 Jun – Di penghujung tirai bulan Jun tahun ini, Kelas Fardu ‘Ain (FA) diteruskan bagi membekalkan anak-anak Cardiff Keluarga (CK) dengan ilmu yang sangat bernilai. Terima kasih kepada tenaga pengajar; Ustaz Mohd Hafiz Sulaiman Kahar dan Cik Farhah Abdul Aziz.

Bagi kaum ibubapa yang dahagakan ilmu pembaikan diri, Kelas Tajwid & al-Quran dihidupkan semula. Sebagai permulaan, Ustaz Mohd Hafiz Sulaiman Kahar telah membuat sesi ‘ulangkaji’ bagi menyegarkan semula ingatan para ibubapa tentang ilmu tajwid yang sangat penting.

________________________________________________________________

Tahniah kepada Dr. Nadhrah Yatim

28 Jun – Warga Cardiff Keluarga ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Nadhrah Yatim atas kejayaan memperoleh PhD baru-baru ini. Syukur alhamdulillah. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada yang masih dalam pengajian.

________________________________________________________________

Tahniah kepada Nuradli Ridzwan Shah

20 Jun – Mantan Presiden Cardiff Keluarga sesi 2011/12, Nuradli Ridzwan Shah telah mengharumkan nama CK dengan menggondol hadiah pertama dalam PhD Poster Competition bagi kategori Strategi & Marketing di Cardiff Business School (CARBS) Research Fair 2012.

 

Kelas Fardhu ‘Ain (Sekolah Malaysia) di Dar-Ul Isra

16 Jun – Sekolah Malaysia meneruskan aktiviti pengajian dengan pembelajaran teori serta praktikal bagi solat sunat tasbih bagi kelas Ustaz Mohd Hafiz Sulaiman Kahar.

Kelas Cikgu Farhah pula diajar rukun wudhu’. Untuk kelas ini, Cikgu Farhah kini dibantu oleh Kakak Afifah bagi menjaga kelancaran kelas.

* Kredit kepada Tuan Presiden CK, Encik Yusri Abdul Jalil untuk foto-foto di atas.

________________________________________________________________

Summer BBQ di Sophia Gardens

9 Jun – Warga CK telah bergabung tenaga dengan CNN bagi menganjurkan aktiviti BBQ tahunan. Ini adalah acara BBQ pertama yang menggabungkan para Undergrads dan juga Postgrads. Alhamdulillah, cuaca Cardiff yang hujan sepanjang minggu disambut dengan sinaran matahari yang sangat dinanti-nanti oleh warga CK.

Sophia Gardens telah dipilih sebagai lokasi berlangsungnya BBQ tahun ini. Selain aktiviti BBQ, acara sukaneka kanak-kanak dan sukan antara Undergrad dan juga Postgrad turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

* Terima kasih kepada saudara Muhamad Islahuddin bin Zaabar dan Nor Azhan bin Nordin untuk foto-foto di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s